Ahmad Azman bin M Ramli

Fasilitator untuk bengkel “Penulisan Surat Rasmi, Memo Rasmi, E-mel Rasmi dan Minit Mesyuarat”

Ahmad Azman bin Mohamad RamliEn Azman TTT Exemption del
Encik Ahmad Azman bin Mohamad Ramli
mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam (ITM), Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (USM) dan Sarjana Sains Pengurusan Maklumat (UiTM). Beliau mempunyai lebih  20 tahun pengalaman kerja di sektor kerajaan dan swasta. Beliau telah mendapat banyak kemahiran dan pengalaman berkaitan bidang pengurusan rekod dan arkib semasa beliau berkhidmat sebagai pegawai arkib di Arkib Negara Malaysia selama kira-kira 10 tahun.

Sekarang beliau sedang berkhidmat sebagai seorang pensyarah dalam bidang pengurusan rekod dan arkib di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terkemuka di Malaysia. Antara organisasi yang pernah menggunakan perkhidmatan beliau sebagai fasilitator atau penceramah untuk kursus atau bengkel latihan ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Universiti Teknologi MARA, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia, Jabatan Perhubungan Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Antara tajuk kursus atau bengkel latihan yang beliau berminat kendalikan ialah seperti yang berikut:
1. Penulisan dan pengurusan surat, memo dan e-mel rasmi yang berkualiti.
2. Pengurusan fail atau rekod yang berkualti
3. Pengelasan fail yang sistematik
4. Kaedah pelupusan fail yang terkini di sektor awam Malaysia
5. Pengendalian mesyuarat dan penulisan minit mesyuarat yang berkualiti.

Diharap, sumbangan beliau ini mampu membantu peserta kursus atau bengkel meningkatkan lagi sikap, pengetahuan dan kemahiran kepada tahap yang cemerlang demi untuk membantu organisasi masing-masing menjadi organisasi yang lebih berdaya saing dan mampu memenuhi kepuasan pelanggan.