Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Untuk Pembantu Perpustakaan dan Kakitangan Sokongan

Tarikh: 24-25 Jun 2014 (2 Hari)
Jurulatih: Puan Siti Salbiah binti Raduan (Sarjana Muda Ekonomi UM dan Sarjana Sains Perpustakaan UIAM)
Tempat: Hotel Sentral Johor Bahru, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri Johor Bahru
Koordinat: 1.461903,103.769086

Muat turun: Brosur (pdf) | Borang Pendaftaran
Go to Online  Registration

 

Pengenalan

Sektor perkhidmatan termasuklah perkhidmatan perpustakaan menghadapi cabaran baru dengan bertambahnya kecanggihan teknologi ICT.  Perkhidmatan pelanggan diharapkan agar dapat memenuhi apa yang tidak dapat dipenuhi oleh mesin dan kecanggihan teknologi. Manusia masih perlukan sentuhan manusia untuk mencapai kepuasan mereka sebagai pelanggan. Walau apa pun kaedah perhubungan mereka dengan pemberi perkhidmatan, mereka mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang, melangkaui jangkaan, cekap dan berkesan. Pembantu Perpustakaan dan kakitangan Sokongan memainkan peranan besar dalam iltizam jabatan / organisasi untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan kerana mereka juga memberikan perkhidmatan di kaunter-kaunter perkhidmatan organisasi mereka.  Mereka ibarat jentera yang membakar minyak dalam enjin sebuah mesin yang bernama perkhidmatan.

Objektif Kursus

  1. Memahami konsep-konsep asas perkhidmatan pelanggan.
  2. Memahami kepentingan proses, infrastruktur dan kaitannya dengan perkhidmatan.
  3. Mengetahui bagaimana untuk memotivasikan diri sendiri demi perkhidmatan yang cemerlang.
  4. Mempelajari kaedah-kaedah untuk mencapai kecemerlangan perkhidmatan.
  5. Bersedia memberikan perkhidmatan cemerlang.

Sasaran Peserta Bengkel

Disusun untuk Pembantu Perpustakaan dan Kakitangan Sokongan yang berkhidmat di perpustakaan atau jabatan-jabatan lain yang menawarkan perkhidmatan.

Program

Waktu Hari 1 Hari 2
0800-0830 Pendaftaran / kopi Pendaftaran / kopi
0830-0900 Sesi Kenal Mesra Ringkasan Pelajaran Hari Pertama
0900-1030 Sesi 1: Konsep-konsep Asas Perkhidmatan Pelanggan Sesi 6: Pendekatan Mengurus Pelanggan
1030-1045 Rehat/Kudapan Rehat/Kudapan
1045-1230 Sesi 2: Motivasi untuk Kecemerlangan Perkhidmatan Sesi 7: Pendekatan Mengurus Kualiti
1230-1400 Makan tengah hari Makan tengah hari
1400-1500 Sesi 3: Motivasi Perkhidmatan – Gerak Kerja Kumpulan Sesi 8: Strategi Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan
1500-1515 Rehat sebentar Rehat sebentar
1515-1615 Sesi 4: Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang Sesi 9: Strategi – Kajian Kes – Perbincangan kumpulan
1615-1700 Sesi 5: Inisiatif Kecemerlangan – Perkongsian Pengalaman Sesi 10: Persembahan Kumpulan
1700 Minum petang dan bersurai Penyampaian sijilMinum petang dan bersurai

Yuran Pendaftaran (Tanpa Penginapan):

  • Pendaftaran Awal (sebelum/pada 23 Mei 2014) – RM  750 seorang
  • Pendaftaran Biasa (selepas 23 Mei 2014)     – RM  850 seorang

Yuran Pendaftaran (Dengan Penginapan di Hotel Sentral, Johor Bahru – 3 Hari 2 Malam Daftar Masuk 23 Jun 2014 dan Daftar Keluar 25 Jun 2014):

  • Pendaftaran Awal (sebelum/pada 23 Mei 2014) / penginapan berkongsi 2 orang – RM 910 seorang
  • Pendaftaran Awal (sebelum/pada 23 Mei 2014) / penginapan seorang – RM1,070 seorang
  • Pendaftaran Biasa (selepas 23 Mei 2014) / penginapan berkongsi 2 orang – RM1,010 seorang
  • Pendaftaran Biasa (selepas 23 Mei 2014) / penginapan seorang – RM1,170 seorang

Yuran Pendaftaran (Dengan Penginapan di Hotel Sentral, Johor Bahru – 4 Hari 3 Malam Daftar Masuk 23 Jun 2014 dan Daftar Keluar 26 Jun 2014):

  • Pendaftaran Awal (sebelum/pada 23 Mei 2014) / penginapan berkongsi 2 orang – RM 990 seorang
  • Pendaftaran Awal (sebelum/pada 23 Mei 2014) / penginapan seorang – RM1,230 seorang
  • Pendaftaran Biasa (selepas 23 Mei 2014) / penginapan berkongsi 2 orang – RM1,090 seorang
  • Pendaftaran Biasa (selepas 23 Mei 2014) / penginapan seorang – RM1,330 seorang

Diskaun Kumpulan (lebih daripada 1 peserta) – Diskaun RM100 setiap peserta (hanya sah selepas 23 Mei 2014 iaitu tarikh tutup Pendaftaran Awal)

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Aliza (019-244 8983) atau Ayati (019-708 5435) atau e-mel wisdomsynergy@gmail.com

Untuk pertanyaan tentang lokasi Hotel Sentral Johor Bahru:
Tel: 07 – 222 7788, Web: http://www.hotelsentraljb.com.my/

Terma & Syarat

  • Yuran pendaftaran termasuklah bahan bengkel, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.
  • Semua pembatalan hendaklah dimaklumkan secara bertulis lima (5) hari bekerja sebelum tarikh bengkel, jika tidak, yuran bengkel akan dibilkan kepada organisasi calon peserta.
  • Pihak penganjur berhak untuk meminda program, fasilitator, tarikh dan tempat bengkel disebabkan keadaan yang tidak diduga atau di luar kawalan penganjur.
  • Untuk agensi kerajaan, penganjur menerima pembayaran melalui LO
  • Untuk pembayaran melalui pemindahan elektronik, sila nyatakan nama organisasi dalam perincian pembayaran.
  • Untuk pembayaran melalui cek, sila sediakan cek atas nama “Wisdom Synergy Enterprise”

Butiran Akaun:

Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Alamat Bank: Cawangan Shah Alam, Tingkat Bawah, Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Seksyen 14, Persiaran Perbandaran, 40675 Shah Alam, Selangor.
No Akaun: 12038010084361